Kelas Ict (Asas Microsoft Office Excel) Sesi Ogos 2019
26 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2019, program Kelas ICT (Asas Microsoft Office Excell) bagi sesi Ogos2019 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsinya. Para peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office serta membuat latihan praktikal dengan menghasilkan satu Worksheet yang ringkas secara individu. Memandangkan peserta adalah dari sekolah rendah, latihan excel adalah berbentuk menghasilkan jadual tugasan murid.
Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai Advokasi EWaste dan selidik dahulu berita sebelum kongsikan di media sosial. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai pengenalan Komputer. Kelas sesi pagi tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: